Sunday, January 22, 2017

"Rapat Pun Tidak,Masakan Tahu?" Kata hati.

Bukan semua yang disampaikan itu betul - betul sahih.
Bersama susah pun tidak masakan bersama senang?
Inikan lagi tahu cerita dan kehidupan harian si "gila".
Yang mengikut pun agendanya dasyat.Dasyat seiring yang menggunakannya.Silap haribulan Si Pengguna jatuh dibuang si penjilat tegar.Dari hamba jadi raja.

Berbalik kepada transmisi radio.VHS kah?
Radio Amatur kah?
Yang pasti hanya lihat, buat cerita dan tak jauh cipta keburukan demi kebaikkannya.

Orang gila ni lagi dasyat.Dia mainkan siaran dan channel ikut keadaan semasa.Kena dua-dua.Baik 'mastermind' baik penjilat.Katanya si gila bodoh.Si gila kata dua beradik ni bijak.Bijak belit.Tak pernah kata bodoh.Tapi orang gila ni buat onar sebab nak 'ajar' dua beradik ni terbuka akal.Antara menyesal,berubah atau berbunuh sama sendiri.

Kesan permainan akal ni jangan dibuat permainan.Persekitaran,hubungan,kehidupan.Selagi tak mati akan berterusan.
Orang gila ni dia ada tuhan.Dia ingat salah dia.Dia akui dan minta pada tuhannya.
Tuhannya sama dengan dua beradik ini.Cuma tak tahulah dua beradik ini faham apa itu ketuhanan.Paksi tuhan dunia ke tuhan semesta alam.
Cuma jalan cerita dan apa lakon layarnya nampak jelas keduniaan.

Tuhan orang gila ini wujudkan ayat.Cari akhirat dapat akhirat dan dunia.
Kalau dah mulanya dunia belum tentu akhirat diberiNya.Melainkan sedar.Sedar ni bukan calang-calang ayat.Sedar yang malu,sedar yang akui.sedar yang memaafkan,sedar yang ikhlas berubah,sedar yang menjernihkan,sedar buang kepentingan,sedar yang mengalah demi kebaikkan.

Frekuensi dua beradik ini tidak boleh tukar channel 16 mungkin.Channel ini pun dia mungkin tidak tahu guna.
Apatah lagi nak berkata-kata.

Radionya mahal tapi guna pakainya tidak tahu apatah lagi nak baiki.

Macam mana nak katakan radio karatnya bawa cerita sahih?
Ini cakap-cakap si gila.Satu-satu akan mula terfikir.Siapa yang akan dapat menang? Bukan dengan orang gila.Tapi dikalangan mereka.Siapa yang akan jatuh dahulu?

Mulakan dengan strategi jahat,dan penuh tipu helah.Sebab yang jadi gurunya pun begitu.Orang gila katanya dah lama pecat diri.Sebab taknak tergolong,terlibat,apatah lagi digunakan.
Orang gila juga mulanya macam berdendam.Tapi bila guru orang gila tarbiyah.Lupakan dendam,wujudkan perang saraf.Perang saraf hapus konfrantasi si tamak,si penipu,si pembuat helah jahat dengan "tajuk onar".

Lagi terkesan dan sangat - sangat berkesan.
Rasanya sampai sekarang onar ini buat hati mereka ini bergolak.Cuma belum ada apa tindakan dan kalau guna kekerasan pun belum tentu si gila ini selesaikan.

Hebat betul si gila ini.Dia tahu bukan kudrat buat dia menang.Dia tidak perlukan ayat kemenangan.Dia buat ada sebab.Berjalan niat dan sebab agendanya sampai mati.Macam mengalir darah selagi nyawa dan jantung masih bergerak.

Radio karat lama-lama rosak.Nak dibaiki memang tak tahu.Lama-lama dibuang tanpa boleh diulang semula khidmatnya.

Orang gila pakai walkman dah.
Radio besar.Berat.
Ipod mahal dan dah lapuk kata orang gila.
Tapi orang gila pun nampak macam main media si yahudi.Muka buku.
Orang gila ini cakap dan tonjolkan sikit-sikit "bahasa" ciptaan dia.
Tapi si akui bijak suka copy paste.
Kurang akal mungkin.Tapi suka kata orang lain bodoh.
Macam mana ya?

Lepas sembah tuhan .Orang bijak berdoa.Dalam doa selit agenda dunia.Lebih dari akhirat.
Nanti tanya melenting marah.Katanya tuhan bagi kita hak meminta.

Dia kata "kau apa tahu?,bodoh!"

Ketawa gelihati dalam hati.

No comments:

Post a Comment