Wednesday, January 25, 2017

Pelayaran Hidup

Sayup subuh dia bertafakur.
Muhasabahnya salah laku yang diakali.
Hidupnya sudah jauh separuh umur manusia.
Walau jalannya tidak seperti aturan hidup seperti majoritinya manusia.
Dia tidak menyesal.
Baginya ada apa untuk disesali.
Bukanya boleh di pusing kembali.
Yang ada cuma betuli diri cuma.
Mahu keampunan dan taubatnya diterima tuhan.

Kemaafan manusia dijauhkan.
Kerana jauh untuk manusia memaafkannya.
Itu fikir akalnya.
Ya.Silapnya cuma harta dunia.
Tidak terlalu hina silapnya.
Cuma bila manusia baginya menarik-narik cerita itu sehingga panjang berdepa-depa.

Teringat akan dilambung ombak badai.
Teruk dan perit rasanya.
Namun dia tetap berdiri.
Mencari apa makna kehidupan.
Sudah kerap jatuh tersadung.
Bukan apa,dari silapnya juga.

Pernah jauh mencari Pencipta.
Dia merasa kedamaian itu.
Bukan lari ,tetapi itu rasa minatnya.
Bukan riak tapi itu citanya.
Tidak pernah terfikir sejauh itu.

Bila dilihat berjaya.
Dia diakui kawan,rakan,sahabat dan keluarga.
Bila jatuh,dicemuh silamnya begitu.
Dia tidak meminta tangan dihulur.
Dia tidak mahukan semua itu.
Dia percaya ada manusia yang mengambil tahu.
Tapi manusia itu dikalangan binatang hina.

Air laut dirasakan manis
Air tawar dirasakan pahit
Bila jauh dia tenang
Bila dekat gelombang ribut
Masakan dia berdiri menjadi manusia baru.
Masa itu sering dimimpi dan diimpi.
Manusia baru yang tiada sesiapa kenali.
Seperti bayi tanpa ayah dan ibu.

Manusia sudah dirantai dunia.
Matinya tidak pernah takutkan Tuhannya.
Manusia itu kata begitu.
Dia kata semasa berdoa.
Dia lebihkan doa pada dunia.
Matinya hanya bahasa sesaat cuma.
Ditadah tangannya hanya ikutan.
Bila meruntun remuk ditakutkan mati.
Bila gembira dilebih-lebih ketawa.

Aaahh....
Ini cuma lakonan dalam nyata.
Apa yang nyata setiap detik berulang.

Akalmu

Licik dan cerdik akalnya
Pantas dan bagus selok-beloknya.
Diakui dan diberi sokongan pengikut lembunya.

Demi menjayakan misinya.
Demi menjatuhkan lawannya.
Demi agama katanya.
Yang sebenarnya bangsanya.
Agama hanyalah alat penangkis cuma.
Laluan hidupnya menggunakan nama bangsa sahaja.
Bila mahu mendapat belas dan pangkah setuju.
Agama diguna pakai.

Liciknya bukan?
Halus bukan?
Mungkin dia sudah jadi boneka sepenuh masa.
Dahulu cuma sambilan.
Dia pelajari bagaimana merapatkan diri dengan keadaan dan peluang.
Dia miliki terlalu banyak topeng-topeng keadaan.
Bahasanya gayanya dididik dari mula awal lagi.
Supaya si lembu rebah akur.

Halusnya
Liciknya

Dari manusia kepada lembu.
Itu misinya.
Visinya kuasa.

Licik dan halus.

Tuesday, January 24, 2017

Amalan & Kebaikkan

Nasihat, Pesan dan Dakwah.

Semua di atas dibuat ada mesej " takbur,riak,dan menipu diri.

Dari yang baik menjadi jelik.
Kau bukan niat pada Tuhan.
Kau niat pada manusia.
Ya!, Manusia!

Jangan cuba nak berdalih dan cipta bahasa penangkis untuk kelihatan bagus dan baik.

Semua manusia aku lihat begitu sejak akhir zaman sudah mula membukakan tirai.
Kau naif dan daif tapi kau calit bibirmu dan jarimu untuk kelihatan ahli sufi lagaknya.

Kau merasakan aturan kehidupan yang kau buat dan lalui itu sebagai contoh?
Kau tahu betul jalanmu?
Kau cuba merendahkan orang lain sebenarnya,Tetapi kau terlupa kau merendahkan martabat dirimu setiap kali kau berbuat begitu.

Ya ! Kau masih bodoh dan itu tidak menyedihkan.
Yang paling sedih ialah kau angkuh tetapi bodoh.Bodoh yang sangat-sangat jelik.
Semua manusia bodoh.
Kerana kehidupan dunia manusia itu bodoh.Ya aku,kau dan semua punya kebodohan.
Tetapi angkuh kau menonjolkan dirimu yang bodoh.

Kau merasakan,kau angkuh mengatakan kau sahaja yang benar,usaha kau sangat besar.Tapi apakah kau rasa,usahamu itu diterima tuhanmu?
Untuk apa kejayaanmu didunia ini?
Kau menagih hartamu ibarat menagih darah keringatmu yang kau anggap ciptaan keringat itu milikmu.
Kau aibkan orang lain.Kau burukkan orang lain semata-mata harta itu jantungmu dan ia seperti kau yang cipta.

Soalan "Untuk apa kau hidup?" Pun sudah lama kau tidak jawab.Ataupun kau sudah lupa soalan itu sudah lama ditanya tuhanmu.

Sembunyikkan semua amalan baikmu.Tutup kebodohan dan aib mu dengan berkata-kata perkataan yang berfaedah selain memuji-muji Tuhanmu.
Kau sudah jauh mengikuti landasan dunia.
Kau rasakan landasan kau itu benar dan seimbang.Sedangkan syaitan bersorak yakin kau pengikutnya yang setia.

Kau berdoa seperti yahudi.
Kau titipkan doa di media sosial ciptaan yahudi itu.
Ya kau sama sahaja sifat dan rukun mereka kau ikuti.Salahkah perkiraan ini?

Apa langkah jawapan dan ayat untuk membalas tuduhan ini?
Ciptalah,Guna pakailah,Akal?
Masih menggunakan ciptaan ilahi.
Tidak malukah?

Jauhkan diri dengan "sahabat" baik yang jelas musuhmu yang nyata.

Sunday, January 22, 2017

Dia Mahukan Kamu

" Yahudi mabuk minum brandy " kata teman p.ramlee dalam filem.

Tapi mahu ditaip.
Bangsa Agung aturan hidupnya yahudi.
Yahudi tak suruh disanjung bangsanya.
Cukup menang besarnya bilamana kau ikut dan hidup cara mereka.

Menang besarnya perhambakan diri dengan rela begitu.
Selit sikitlah keperluan dari sudut agama.
Nanti intipati simpati kan ada untuk halal penggunaanya.

Kah kah kah kah berdekah-dekah kau ketawa.Jadi.
Memang jadi.
Dah jalan pun mesin minda itu.

Yahudi menang besar.Lama sudah.
Kau bangsa agung jadi selipar.
Agama kau cuma jadikan baju.
Bukan hati dan akal kau jadikan ia.

Aku pula.cuba nak jadikan ciptaan yahudi ini gila.
Gila bila mana aku tak turut.
Ah! Kau siapa nak judikan hidup aku untuk ikut jejakmu.

Munafik habis ayatku.
Semoga tuhan memberi sinar taubat dan bimbingan.Aku mahu duduk dalam golongan tuhanku janjikan.Perjanjian penghuni syurga.
Biar pun neraka ku dunia.

Ini Pun Dicipta Reka

Namanya gila.
Kesukaannya menipu,malas,berhutang,mencarut,kurang ajar dan seburuk-buruk perangai.
Yang lebih tepat seburuk-buruk manusia.
Betullah.Manusia.Bukan lembu.

Ada ke manafaat si gila ini boleh di manafaatkan?

Entah.
Ada ke?
Dia tidak hipokrit mungkin.Dia lebih terbuka.
Siap biografi ya walaupun gila.

Ada analogi jadi gila pada siapa yang tidak tahu.

Dia ini gila yang lain macam.
Dia benci pada semua yang mengancamnya.

Apa Yang Tegak Sangat ?

Ini nak ambil cerita isu semasa.
ISU PLASTIK & POLISTERIN

Isu ini hangat diperkatakan di Selangor.
Terang dan jelas peniaga ambil mudah faktor kaut untung.

Plastik dikawal dan polisterin tidak dibenarkan penggunaannya.
Peniaga ambil kos rm0.20 satu helai plastik.
Bekas polisterin ditukar pakai guna bekas plastik guna semula.
Ada tempat kenakan bayaran sampai rm0.50

Macam inilah.Bukan semuanya buat dalam peniagaan.
Tapi nak cerita dan cakap terus buat peniaga yang ambil kesempatan isu ini.

Serap sahaja harga dalam barang jualan atau makanan jualan.Lebih mudah.
Peniaga pro kerajaan jangan lah jadi lembu.Lembu ada otak,akal tiada.
Plastik & polisterin punya hal.Satu Malaysia bergegar alang.
Matang apakah ini?

Masakan pembaharuan nak dibuat tanpa kecaman?.
Berpuluh tahun sudah cemarkan alam sekitar bila lagi nak mula kawalan?
Memang susah.
Anak - anak nak ditunjuk ajar pun dihantar kesekolah.
Masakan mak bapak nak dibuat begitu?

Kata orang berpendidikan,pangkat duduk dalam golongan hebat.Tapi motif pun tak nampak lagi?
Yang ambil kesempatan jangan melampai sangat.Beragak sikit.Lembu pun kena kerah balik kandang kalau dah dihugah dengan kembala.

Meluat dan benci bukam datang pada dendam sejarah lama.Tapi perbuatan khianat kalian buat orang benci pada si tegar lembu.
Ini bukan hinaan.Ini kenyataan.
Manusia boleh berubah kan?
Ternyata ini realiti.
Cuba kau lihat siapa yang ikut kalian.
Muka-muka yang sebelum ini tak bergerak pun masa kempen dan gerak kerja.Sekarang masuk pun pasal diberi mandat.Itu pun kena sogok projek dan wang ringgit.Mana datang kerjanya dahulu kala.
Mana datangnya bersengkang mata.Kudrat?
Yang ada kini pun banyak tipu helah agendanya.Masakan tidak,tiba - tiba berpangkat sebagainya.

Ya.Yang lama tidak boleh dikawal dan bijak sebenarnya.Perkataan setia itu tidak perlu ada.Melainkan dahulu dijadikan alat sahaja.Alat kawalan untuk terus di rajai sebagai ketua.
Baca lagi ini.Jangan ingat ambil kesempatan pada kesetiaan hubungan rakan berkubang.Rupa-rupanya agendanya lebih besar.Ingin disanjung dikatakan hebat.Sedangkan jelik permainan agenda hidupnya.

Ia berangkai,ia satu susur galur.Tak dapat yang lembu,disembelih,cari lagi lembu lain untuk dijadikan pengikut.Sabar.Jaga-jaga.Gelaran lembu itu boleh berubah menjadi manusia.Tiba-tiba menjadi 'jadian'
Manusia jadian ini yang mengikut akan benam agendamu dan jadikan kerusi pimpinanmu kawalannya.

Ia berterusan selagi kamu jahat dan jelik dalam khidmatmu.
Isu plastik & polisterin sahajakan?
Tengok.Baca dan rasakan.
Bencinya bukan benci membunuh.
Benci pada si hebat yang membunuh diri dengan agendanya.Sedangkan dahulu tidak begitu.
Siapa sifu,guru,dan ketuannya?
Siapa lagi kalau bukan organisasi orang lamanya.

Kau menyambung kesinambungan itu.
Jadikan rantaian sampai anak cucu.
Orang berpendidikan berlawan dengan orang yang tiada hitam putih ilmu.Katanya perlu bukti.Bukti haram jadah.
Ketua jahanam.Masakan anak-anaknya baik.Hitam putihnya tindakan.

Melalut apa ini?
Ini kupasan galian berisi.
Skrip mereka ini pernah terlepas baca.
Cuma mereka buat seperti biasa macam tak ada apa-apa berlaku.
Isu besar buat mereka.Diada-adakan.Ya benar.Diada-adakan.
Balik pucuk pangkalnya nak raih semula kuasa.
Ya kuasa.
Kuasa ya,bukan kepimpinan khidmat.
Kuasa baham dan khianat bangsanya sendiri.
Dah lama sangat sebati dalam darah dagingnya kitaran hidup begini.
Hadamkan lah.Akuilah.

Benci,Meluat,dan rasa nak meletup dengan keadaan dan ada-adakan ini.
Skrip tak ubah macam terlalu sangat desakan isu.
Kalau lah ada 1 juta lebih berfikiran seperti pengarap ini.Masakan pupus.Mungkin tidak wujud langsung keturunan penerus skrip keji ini.

Dunia ini lain macam.
Mainannya gila.
Bahasanya kurang ajar dan tidak berlapik adab.Disebabkan bahasanya manis terlalu berat tipu dayanya.

Bukan pakar dalam ekonomi,undang-undang tapi resepi kehidupan itu makanan harian orang berakal.
Cara sulaman keji pun terpaksa digunapakai disebabkan cara baik tapi keji digunapakai golongan keji.
Solatmu solatku serupa.
Niatmu niatku amalanmu,amalanku berlainan.

Orang gila pesan pada si pengarap.
Pesongkan cerita.Jauhkan tajuk.Tali jangan putus.Itu pesanan penting.

Bukan luar kotak.Tapi tiada dinding dan batu penghalang.

Sampaikan kiasan kepada terus faham.
Walau tindakan tetap sama penerimaan berlainan.
Marahlah.
Ciptalah dendam.
Wujudkanlah cara balas.
Jadikanlah sejarah.

Antara diterima tuhanmu atau tidak itu bukan urusan aku.Apatah lagi kamu.

Dua-dua kena taubat.Jangan kata kau maksum.Yang garap pun malas nak campur.
Menyampah katanya.
Isu bodoh jadi utama.
Utama langsung tak disentuh.Pandang?
Sanggup butakan mata.

Kiamat dah hampir.
Terlalu hampir.
" Macam mana kau tahu "
Tanya satu suara.

Wujud orang serupa kau,aku,dan dia.
Jawapan jitu.

Pendokong Tegar Hiburan

Dari awal pagi persediaan AJL ini digerakkan.Majoriti tenaga kerjanya secara purata bermajoritikan penganut Agama Islam dalam kad pengenalan.
Persediaan rapi mengikut jadual untuk persembahan tidak terganggu dan nak diletakkan dalam sejarah tahun 2017.Siapa pemenang bakal merangkul anugerah ini.
Percaya dan tidak mustahil pasti tenaga kerja ini ada seorang dua menjaga solatnya.Percaya kerana bukan majoriti hidup bebas duniawinya.Tapi berapalah orang dalam disebut-sebut ini.
Ada atau tidak.

Persembahan terbaik untuk rangkul anugerah.Sampaikan guna pakai idea seperti penganut kayu salib.Dengan nyanyian memperingati kematian.
Yang menyanyi,yang mendengar beri tepukan penghayatan.
Jangan di kritik.Mati katak pulang paku semula nanti.
Ambillah realitinya kau hidup dalam kekafiran.
Kau bergelumang dalam landasan sesat.
Tuduhan ini tidak berat,malah bagi aku kau memberatkan segalanya sedangkan kau mengikut arus itu.Terlalu lama kau hidup begitu.

Anugerah Juara Lalai.
Lalai yang terlalu lama dalam kehidupanmu.
Dari zaman ayah dan ibumu.
Sampai sekarang zaman anak-anakmu.Dan benar.
Kamu penyambung kehidupan itu.

Menjadi peminta permintaan dambaan kepada keseronokan dan hiburan tanpa kesudahan.
Mempunyai pengikut-pengikut bawa ke mati.
Apa yang cuba diolah bagi mencapai objektif "positif" kepada kritikan ini?
Supaya nampak perlunya hiburan dalam kehidupan?
Di tambah pula "qoute" keramat selitan keagamaan supaya "halal" dimata si tuli dan bisu setta akal beku?

Jangan pula dikapak si akal jentera industri ini.Melatah mengeletek panas nanti.
Hujah alasan dan senjata belit keluar nanti.

"Kau munafik" dilabelnya nanti.

Tembok mereka tinggi.Tapi mereka sendiri tidak boleh pertahankan.

Nak diteruskan jadual hidup hiburan.
Takkan mati dan lekang.
Panas dan basah.

Benarlah akhir fasa zaman.Terhebat permainan si kafir "ingkar" ini.

Melihat ke kanan sudut.
Si Gila tengah merenung ke arah normal waras dunia.