Wednesday, January 25, 2017

Pelayaran Hidup

Sayup subuh dia bertafakur.
Muhasabahnya salah laku yang diakali.
Hidupnya sudah jauh separuh umur manusia.
Walau jalannya tidak seperti aturan hidup seperti majoritinya manusia.
Dia tidak menyesal.
Baginya ada apa untuk disesali.
Bukanya boleh di pusing kembali.
Yang ada cuma betuli diri cuma.
Mahu keampunan dan taubatnya diterima tuhan.

Kemaafan manusia dijauhkan.
Kerana jauh untuk manusia memaafkannya.
Itu fikir akalnya.
Ya.Silapnya cuma harta dunia.
Tidak terlalu hina silapnya.
Cuma bila manusia baginya menarik-narik cerita itu sehingga panjang berdepa-depa.

Teringat akan dilambung ombak badai.
Teruk dan perit rasanya.
Namun dia tetap berdiri.
Mencari apa makna kehidupan.
Sudah kerap jatuh tersadung.
Bukan apa,dari silapnya juga.

Pernah jauh mencari Pencipta.
Dia merasa kedamaian itu.
Bukan lari ,tetapi itu rasa minatnya.
Bukan riak tapi itu citanya.
Tidak pernah terfikir sejauh itu.

Bila dilihat berjaya.
Dia diakui kawan,rakan,sahabat dan keluarga.
Bila jatuh,dicemuh silamnya begitu.
Dia tidak meminta tangan dihulur.
Dia tidak mahukan semua itu.
Dia percaya ada manusia yang mengambil tahu.
Tapi manusia itu dikalangan binatang hina.

Air laut dirasakan manis
Air tawar dirasakan pahit
Bila jauh dia tenang
Bila dekat gelombang ribut
Masakan dia berdiri menjadi manusia baru.
Masa itu sering dimimpi dan diimpi.
Manusia baru yang tiada sesiapa kenali.
Seperti bayi tanpa ayah dan ibu.

Manusia sudah dirantai dunia.
Matinya tidak pernah takutkan Tuhannya.
Manusia itu kata begitu.
Dia kata semasa berdoa.
Dia lebihkan doa pada dunia.
Matinya hanya bahasa sesaat cuma.
Ditadah tangannya hanya ikutan.
Bila meruntun remuk ditakutkan mati.
Bila gembira dilebih-lebih ketawa.

Aaahh....
Ini cuma lakonan dalam nyata.
Apa yang nyata setiap detik berulang.

No comments:

Post a Comment