Wednesday, January 25, 2017

Akalmu

Licik dan cerdik akalnya
Pantas dan bagus selok-beloknya.
Diakui dan diberi sokongan pengikut lembunya.

Demi menjayakan misinya.
Demi menjatuhkan lawannya.
Demi agama katanya.
Yang sebenarnya bangsanya.
Agama hanyalah alat penangkis cuma.
Laluan hidupnya menggunakan nama bangsa sahaja.
Bila mahu mendapat belas dan pangkah setuju.
Agama diguna pakai.

Liciknya bukan?
Halus bukan?
Mungkin dia sudah jadi boneka sepenuh masa.
Dahulu cuma sambilan.
Dia pelajari bagaimana merapatkan diri dengan keadaan dan peluang.
Dia miliki terlalu banyak topeng-topeng keadaan.
Bahasanya gayanya dididik dari mula awal lagi.
Supaya si lembu rebah akur.

Halusnya
Liciknya

Dari manusia kepada lembu.
Itu misinya.
Visinya kuasa.

Licik dan halus.

No comments:

Post a Comment