Tuesday, January 24, 2017

Amalan & Kebaikkan

Nasihat, Pesan dan Dakwah.

Semua di atas dibuat ada mesej " takbur,riak,dan menipu diri.

Dari yang baik menjadi jelik.
Kau bukan niat pada Tuhan.
Kau niat pada manusia.
Ya!, Manusia!

Jangan cuba nak berdalih dan cipta bahasa penangkis untuk kelihatan bagus dan baik.

Semua manusia aku lihat begitu sejak akhir zaman sudah mula membukakan tirai.
Kau naif dan daif tapi kau calit bibirmu dan jarimu untuk kelihatan ahli sufi lagaknya.

Kau merasakan aturan kehidupan yang kau buat dan lalui itu sebagai contoh?
Kau tahu betul jalanmu?
Kau cuba merendahkan orang lain sebenarnya,Tetapi kau terlupa kau merendahkan martabat dirimu setiap kali kau berbuat begitu.

Ya ! Kau masih bodoh dan itu tidak menyedihkan.
Yang paling sedih ialah kau angkuh tetapi bodoh.Bodoh yang sangat-sangat jelik.
Semua manusia bodoh.
Kerana kehidupan dunia manusia itu bodoh.Ya aku,kau dan semua punya kebodohan.
Tetapi angkuh kau menonjolkan dirimu yang bodoh.

Kau merasakan,kau angkuh mengatakan kau sahaja yang benar,usaha kau sangat besar.Tapi apakah kau rasa,usahamu itu diterima tuhanmu?
Untuk apa kejayaanmu didunia ini?
Kau menagih hartamu ibarat menagih darah keringatmu yang kau anggap ciptaan keringat itu milikmu.
Kau aibkan orang lain.Kau burukkan orang lain semata-mata harta itu jantungmu dan ia seperti kau yang cipta.

Soalan "Untuk apa kau hidup?" Pun sudah lama kau tidak jawab.Ataupun kau sudah lupa soalan itu sudah lama ditanya tuhanmu.

Sembunyikkan semua amalan baikmu.Tutup kebodohan dan aib mu dengan berkata-kata perkataan yang berfaedah selain memuji-muji Tuhanmu.
Kau sudah jauh mengikuti landasan dunia.
Kau rasakan landasan kau itu benar dan seimbang.Sedangkan syaitan bersorak yakin kau pengikutnya yang setia.

Kau berdoa seperti yahudi.
Kau titipkan doa di media sosial ciptaan yahudi itu.
Ya kau sama sahaja sifat dan rukun mereka kau ikuti.Salahkah perkiraan ini?

Apa langkah jawapan dan ayat untuk membalas tuduhan ini?
Ciptalah,Guna pakailah,Akal?
Masih menggunakan ciptaan ilahi.
Tidak malukah?

Jauhkan diri dengan "sahabat" baik yang jelas musuhmu yang nyata.

No comments:

Post a Comment