Wednesday, January 25, 2017

Pelayaran Hidup

Sayup subuh dia bertafakur.
Muhasabahnya salah laku yang diakali.
Hidupnya sudah jauh separuh umur manusia.
Walau jalannya tidak seperti aturan hidup seperti majoritinya manusia.
Dia tidak menyesal.
Baginya ada apa untuk disesali.
Bukanya boleh di pusing kembali.
Yang ada cuma betuli diri cuma.
Mahu keampunan dan taubatnya diterima tuhan.

Kemaafan manusia dijauhkan.
Kerana jauh untuk manusia memaafkannya.
Itu fikir akalnya.
Ya.Silapnya cuma harta dunia.
Tidak terlalu hina silapnya.
Cuma bila manusia baginya menarik-narik cerita itu sehingga panjang berdepa-depa.

Teringat akan dilambung ombak badai.
Teruk dan perit rasanya.
Namun dia tetap berdiri.
Mencari apa makna kehidupan.
Sudah kerap jatuh tersadung.
Bukan apa,dari silapnya juga.

Pernah jauh mencari Pencipta.
Dia merasa kedamaian itu.
Bukan lari ,tetapi itu rasa minatnya.
Bukan riak tapi itu citanya.
Tidak pernah terfikir sejauh itu.

Bila dilihat berjaya.
Dia diakui kawan,rakan,sahabat dan keluarga.
Bila jatuh,dicemuh silamnya begitu.
Dia tidak meminta tangan dihulur.
Dia tidak mahukan semua itu.
Dia percaya ada manusia yang mengambil tahu.
Tapi manusia itu dikalangan binatang hina.

Air laut dirasakan manis
Air tawar dirasakan pahit
Bila jauh dia tenang
Bila dekat gelombang ribut
Masakan dia berdiri menjadi manusia baru.
Masa itu sering dimimpi dan diimpi.
Manusia baru yang tiada sesiapa kenali.
Seperti bayi tanpa ayah dan ibu.

Manusia sudah dirantai dunia.
Matinya tidak pernah takutkan Tuhannya.
Manusia itu kata begitu.
Dia kata semasa berdoa.
Dia lebihkan doa pada dunia.
Matinya hanya bahasa sesaat cuma.
Ditadah tangannya hanya ikutan.
Bila meruntun remuk ditakutkan mati.
Bila gembira dilebih-lebih ketawa.

Aaahh....
Ini cuma lakonan dalam nyata.
Apa yang nyata setiap detik berulang.

Akalmu

Licik dan cerdik akalnya
Pantas dan bagus selok-beloknya.
Diakui dan diberi sokongan pengikut lembunya.

Demi menjayakan misinya.
Demi menjatuhkan lawannya.
Demi agama katanya.
Yang sebenarnya bangsanya.
Agama hanyalah alat penangkis cuma.
Laluan hidupnya menggunakan nama bangsa sahaja.
Bila mahu mendapat belas dan pangkah setuju.
Agama diguna pakai.

Liciknya bukan?
Halus bukan?
Mungkin dia sudah jadi boneka sepenuh masa.
Dahulu cuma sambilan.
Dia pelajari bagaimana merapatkan diri dengan keadaan dan peluang.
Dia miliki terlalu banyak topeng-topeng keadaan.
Bahasanya gayanya dididik dari mula awal lagi.
Supaya si lembu rebah akur.

Halusnya
Liciknya

Dari manusia kepada lembu.
Itu misinya.
Visinya kuasa.

Licik dan halus.

Tuesday, January 24, 2017

Amalan & Kebaikkan

Nasihat, Pesan dan Dakwah.

Semua di atas dibuat ada mesej " takbur,riak,dan menipu diri.

Dari yang baik menjadi jelik.
Kau bukan niat pada Tuhan.
Kau niat pada manusia.
Ya!, Manusia!

Jangan cuba nak berdalih dan cipta bahasa penangkis untuk kelihatan bagus dan baik.

Semua manusia aku lihat begitu sejak akhir zaman sudah mula membukakan tirai.
Kau naif dan daif tapi kau calit bibirmu dan jarimu untuk kelihatan ahli sufi lagaknya.

Kau merasakan aturan kehidupan yang kau buat dan lalui itu sebagai contoh?
Kau tahu betul jalanmu?
Kau cuba merendahkan orang lain sebenarnya,Tetapi kau terlupa kau merendahkan martabat dirimu setiap kali kau berbuat begitu.

Ya ! Kau masih bodoh dan itu tidak menyedihkan.
Yang paling sedih ialah kau angkuh tetapi bodoh.Bodoh yang sangat-sangat jelik.
Semua manusia bodoh.
Kerana kehidupan dunia manusia itu bodoh.Ya aku,kau dan semua punya kebodohan.
Tetapi angkuh kau menonjolkan dirimu yang bodoh.

Kau merasakan,kau angkuh mengatakan kau sahaja yang benar,usaha kau sangat besar.Tapi apakah kau rasa,usahamu itu diterima tuhanmu?
Untuk apa kejayaanmu didunia ini?
Kau menagih hartamu ibarat menagih darah keringatmu yang kau anggap ciptaan keringat itu milikmu.
Kau aibkan orang lain.Kau burukkan orang lain semata-mata harta itu jantungmu dan ia seperti kau yang cipta.

Soalan "Untuk apa kau hidup?" Pun sudah lama kau tidak jawab.Ataupun kau sudah lupa soalan itu sudah lama ditanya tuhanmu.

Sembunyikkan semua amalan baikmu.Tutup kebodohan dan aib mu dengan berkata-kata perkataan yang berfaedah selain memuji-muji Tuhanmu.
Kau sudah jauh mengikuti landasan dunia.
Kau rasakan landasan kau itu benar dan seimbang.Sedangkan syaitan bersorak yakin kau pengikutnya yang setia.

Kau berdoa seperti yahudi.
Kau titipkan doa di media sosial ciptaan yahudi itu.
Ya kau sama sahaja sifat dan rukun mereka kau ikuti.Salahkah perkiraan ini?

Apa langkah jawapan dan ayat untuk membalas tuduhan ini?
Ciptalah,Guna pakailah,Akal?
Masih menggunakan ciptaan ilahi.
Tidak malukah?

Jauhkan diri dengan "sahabat" baik yang jelas musuhmu yang nyata.

Sunday, January 22, 2017

Dia Mahukan Kamu

" Yahudi mabuk minum brandy " kata teman p.ramlee dalam filem.

Tapi mahu ditaip.
Bangsa Agung aturan hidupnya yahudi.
Yahudi tak suruh disanjung bangsanya.
Cukup menang besarnya bilamana kau ikut dan hidup cara mereka.

Menang besarnya perhambakan diri dengan rela begitu.
Selit sikitlah keperluan dari sudut agama.
Nanti intipati simpati kan ada untuk halal penggunaanya.

Kah kah kah kah berdekah-dekah kau ketawa.Jadi.
Memang jadi.
Dah jalan pun mesin minda itu.

Yahudi menang besar.Lama sudah.
Kau bangsa agung jadi selipar.
Agama kau cuma jadikan baju.
Bukan hati dan akal kau jadikan ia.

Aku pula.cuba nak jadikan ciptaan yahudi ini gila.
Gila bila mana aku tak turut.
Ah! Kau siapa nak judikan hidup aku untuk ikut jejakmu.

Munafik habis ayatku.
Semoga tuhan memberi sinar taubat dan bimbingan.Aku mahu duduk dalam golongan tuhanku janjikan.Perjanjian penghuni syurga.
Biar pun neraka ku dunia.

Ini Pun Dicipta Reka

Namanya gila.
Kesukaannya menipu,malas,berhutang,mencarut,kurang ajar dan seburuk-buruk perangai.
Yang lebih tepat seburuk-buruk manusia.
Betullah.Manusia.Bukan lembu.

Ada ke manafaat si gila ini boleh di manafaatkan?

Entah.
Ada ke?
Dia tidak hipokrit mungkin.Dia lebih terbuka.
Siap biografi ya walaupun gila.

Ada analogi jadi gila pada siapa yang tidak tahu.

Dia ini gila yang lain macam.
Dia benci pada semua yang mengancamnya.

Apa Yang Tegak Sangat ?

Ini nak ambil cerita isu semasa.
ISU PLASTIK & POLISTERIN

Isu ini hangat diperkatakan di Selangor.
Terang dan jelas peniaga ambil mudah faktor kaut untung.

Plastik dikawal dan polisterin tidak dibenarkan penggunaannya.
Peniaga ambil kos rm0.20 satu helai plastik.
Bekas polisterin ditukar pakai guna bekas plastik guna semula.
Ada tempat kenakan bayaran sampai rm0.50

Macam inilah.Bukan semuanya buat dalam peniagaan.
Tapi nak cerita dan cakap terus buat peniaga yang ambil kesempatan isu ini.

Serap sahaja harga dalam barang jualan atau makanan jualan.Lebih mudah.
Peniaga pro kerajaan jangan lah jadi lembu.Lembu ada otak,akal tiada.
Plastik & polisterin punya hal.Satu Malaysia bergegar alang.
Matang apakah ini?

Masakan pembaharuan nak dibuat tanpa kecaman?.
Berpuluh tahun sudah cemarkan alam sekitar bila lagi nak mula kawalan?
Memang susah.
Anak - anak nak ditunjuk ajar pun dihantar kesekolah.
Masakan mak bapak nak dibuat begitu?

Kata orang berpendidikan,pangkat duduk dalam golongan hebat.Tapi motif pun tak nampak lagi?
Yang ambil kesempatan jangan melampai sangat.Beragak sikit.Lembu pun kena kerah balik kandang kalau dah dihugah dengan kembala.

Meluat dan benci bukam datang pada dendam sejarah lama.Tapi perbuatan khianat kalian buat orang benci pada si tegar lembu.
Ini bukan hinaan.Ini kenyataan.
Manusia boleh berubah kan?
Ternyata ini realiti.
Cuba kau lihat siapa yang ikut kalian.
Muka-muka yang sebelum ini tak bergerak pun masa kempen dan gerak kerja.Sekarang masuk pun pasal diberi mandat.Itu pun kena sogok projek dan wang ringgit.Mana datang kerjanya dahulu kala.
Mana datangnya bersengkang mata.Kudrat?
Yang ada kini pun banyak tipu helah agendanya.Masakan tidak,tiba - tiba berpangkat sebagainya.

Ya.Yang lama tidak boleh dikawal dan bijak sebenarnya.Perkataan setia itu tidak perlu ada.Melainkan dahulu dijadikan alat sahaja.Alat kawalan untuk terus di rajai sebagai ketua.
Baca lagi ini.Jangan ingat ambil kesempatan pada kesetiaan hubungan rakan berkubang.Rupa-rupanya agendanya lebih besar.Ingin disanjung dikatakan hebat.Sedangkan jelik permainan agenda hidupnya.

Ia berangkai,ia satu susur galur.Tak dapat yang lembu,disembelih,cari lagi lembu lain untuk dijadikan pengikut.Sabar.Jaga-jaga.Gelaran lembu itu boleh berubah menjadi manusia.Tiba-tiba menjadi 'jadian'
Manusia jadian ini yang mengikut akan benam agendamu dan jadikan kerusi pimpinanmu kawalannya.

Ia berterusan selagi kamu jahat dan jelik dalam khidmatmu.
Isu plastik & polisterin sahajakan?
Tengok.Baca dan rasakan.
Bencinya bukan benci membunuh.
Benci pada si hebat yang membunuh diri dengan agendanya.Sedangkan dahulu tidak begitu.
Siapa sifu,guru,dan ketuannya?
Siapa lagi kalau bukan organisasi orang lamanya.

Kau menyambung kesinambungan itu.
Jadikan rantaian sampai anak cucu.
Orang berpendidikan berlawan dengan orang yang tiada hitam putih ilmu.Katanya perlu bukti.Bukti haram jadah.
Ketua jahanam.Masakan anak-anaknya baik.Hitam putihnya tindakan.

Melalut apa ini?
Ini kupasan galian berisi.
Skrip mereka ini pernah terlepas baca.
Cuma mereka buat seperti biasa macam tak ada apa-apa berlaku.
Isu besar buat mereka.Diada-adakan.Ya benar.Diada-adakan.
Balik pucuk pangkalnya nak raih semula kuasa.
Ya kuasa.
Kuasa ya,bukan kepimpinan khidmat.
Kuasa baham dan khianat bangsanya sendiri.
Dah lama sangat sebati dalam darah dagingnya kitaran hidup begini.
Hadamkan lah.Akuilah.

Benci,Meluat,dan rasa nak meletup dengan keadaan dan ada-adakan ini.
Skrip tak ubah macam terlalu sangat desakan isu.
Kalau lah ada 1 juta lebih berfikiran seperti pengarap ini.Masakan pupus.Mungkin tidak wujud langsung keturunan penerus skrip keji ini.

Dunia ini lain macam.
Mainannya gila.
Bahasanya kurang ajar dan tidak berlapik adab.Disebabkan bahasanya manis terlalu berat tipu dayanya.

Bukan pakar dalam ekonomi,undang-undang tapi resepi kehidupan itu makanan harian orang berakal.
Cara sulaman keji pun terpaksa digunapakai disebabkan cara baik tapi keji digunapakai golongan keji.
Solatmu solatku serupa.
Niatmu niatku amalanmu,amalanku berlainan.

Orang gila pesan pada si pengarap.
Pesongkan cerita.Jauhkan tajuk.Tali jangan putus.Itu pesanan penting.

Bukan luar kotak.Tapi tiada dinding dan batu penghalang.

Sampaikan kiasan kepada terus faham.
Walau tindakan tetap sama penerimaan berlainan.
Marahlah.
Ciptalah dendam.
Wujudkanlah cara balas.
Jadikanlah sejarah.

Antara diterima tuhanmu atau tidak itu bukan urusan aku.Apatah lagi kamu.

Dua-dua kena taubat.Jangan kata kau maksum.Yang garap pun malas nak campur.
Menyampah katanya.
Isu bodoh jadi utama.
Utama langsung tak disentuh.Pandang?
Sanggup butakan mata.

Kiamat dah hampir.
Terlalu hampir.
" Macam mana kau tahu "
Tanya satu suara.

Wujud orang serupa kau,aku,dan dia.
Jawapan jitu.

Pendokong Tegar Hiburan

Dari awal pagi persediaan AJL ini digerakkan.Majoriti tenaga kerjanya secara purata bermajoritikan penganut Agama Islam dalam kad pengenalan.
Persediaan rapi mengikut jadual untuk persembahan tidak terganggu dan nak diletakkan dalam sejarah tahun 2017.Siapa pemenang bakal merangkul anugerah ini.
Percaya dan tidak mustahil pasti tenaga kerja ini ada seorang dua menjaga solatnya.Percaya kerana bukan majoriti hidup bebas duniawinya.Tapi berapalah orang dalam disebut-sebut ini.
Ada atau tidak.

Persembahan terbaik untuk rangkul anugerah.Sampaikan guna pakai idea seperti penganut kayu salib.Dengan nyanyian memperingati kematian.
Yang menyanyi,yang mendengar beri tepukan penghayatan.
Jangan di kritik.Mati katak pulang paku semula nanti.
Ambillah realitinya kau hidup dalam kekafiran.
Kau bergelumang dalam landasan sesat.
Tuduhan ini tidak berat,malah bagi aku kau memberatkan segalanya sedangkan kau mengikut arus itu.Terlalu lama kau hidup begitu.

Anugerah Juara Lalai.
Lalai yang terlalu lama dalam kehidupanmu.
Dari zaman ayah dan ibumu.
Sampai sekarang zaman anak-anakmu.Dan benar.
Kamu penyambung kehidupan itu.

Menjadi peminta permintaan dambaan kepada keseronokan dan hiburan tanpa kesudahan.
Mempunyai pengikut-pengikut bawa ke mati.
Apa yang cuba diolah bagi mencapai objektif "positif" kepada kritikan ini?
Supaya nampak perlunya hiburan dalam kehidupan?
Di tambah pula "qoute" keramat selitan keagamaan supaya "halal" dimata si tuli dan bisu setta akal beku?

Jangan pula dikapak si akal jentera industri ini.Melatah mengeletek panas nanti.
Hujah alasan dan senjata belit keluar nanti.

"Kau munafik" dilabelnya nanti.

Tembok mereka tinggi.Tapi mereka sendiri tidak boleh pertahankan.

Nak diteruskan jadual hidup hiburan.
Takkan mati dan lekang.
Panas dan basah.

Benarlah akhir fasa zaman.Terhebat permainan si kafir "ingkar" ini.

Melihat ke kanan sudut.
Si Gila tengah merenung ke arah normal waras dunia.

Jangan Main Gila

Kata ekstrimis bangsanya paling agung diantara semua.Si ekstrimis bulat - bulat percaya semangat bangsanya betul-betul terbaik dikalangan terbaik.Dia percaya sejarah bangsanya sahih dan betul sahih telus.Jangan main gila perlekehkan bangsanya.Memang gila betul tahap ekstirimisnya ini.

Tapi bila bab kejatian diri.
Slogan dan pemberitahuannya jatuh no.2
" Pulak dah? ".
Agama , Bangsa ,Tanah Air.
Alamak, apa sudah jadi? Macam mana si ekstrimis ini boleh letak Mandat juang utamanya No.2 ?
Kata-kata lebih no.1.
Tapi bila hitam putihnya jatuh no.2
Muka harimau berbibir pelanduk kancil.

Cuba kaji ayat ini.
Sebab ayat ini pendek.
Kaji betul-betul dan terperinci.

" BENARKAH ? "
Benarkah sejarahmu?
Benarkah kata si terdahulu?
Benarkah si terdahulu itu sebaik manusia sehebat apa yang di ceritakan?
Benarkah kamu percaya?
Benarkah unsur kepercayaan dan sahih jati dirimu?
Benarkah ini sebenar-benar sejarahmu yang benar?

Dalam Al-Quran Tuhan turunkan perkara dan penceritaan yang bukan calang-calang penulisanya.Dari langit.Malaikat yang utuskan.Kepada nabi dan rasulNya.Dipelihara sampai hari kiamat
Itu pun tidak si ekstrimis,ekstrimis membaca,mengaji,dan memperdalamkan ilmu.Apatah lagi beriman dan percaya.
Lebih percaya kepada 'sejarah' pundak agungannya yang belum tentu BENAR.

Nak kata orang bodoh lagi?
Nak hebat bergegar alang main permainan lagi?

Mana boleh kalah.
Mana boleh tunduk.
Mana boleh.
Sampai titisan darah terakhir katanya.
Sebab ekstrimis percaya akan "semangat no.2 yang dilaungkan pertama" itu.

Dia pandir,dia raja melaka,dia keturunan jebat dia keturunan tuah.
Katanya,Bicaranya,Penulisannya lah.

"Rapat Pun Tidak,Masakan Tahu?" Kata hati.

Bukan semua yang disampaikan itu betul - betul sahih.
Bersama susah pun tidak masakan bersama senang?
Inikan lagi tahu cerita dan kehidupan harian si "gila".
Yang mengikut pun agendanya dasyat.Dasyat seiring yang menggunakannya.Silap haribulan Si Pengguna jatuh dibuang si penjilat tegar.Dari hamba jadi raja.

Berbalik kepada transmisi radio.VHS kah?
Radio Amatur kah?
Yang pasti hanya lihat, buat cerita dan tak jauh cipta keburukan demi kebaikkannya.

Orang gila ni lagi dasyat.Dia mainkan siaran dan channel ikut keadaan semasa.Kena dua-dua.Baik 'mastermind' baik penjilat.Katanya si gila bodoh.Si gila kata dua beradik ni bijak.Bijak belit.Tak pernah kata bodoh.Tapi orang gila ni buat onar sebab nak 'ajar' dua beradik ni terbuka akal.Antara menyesal,berubah atau berbunuh sama sendiri.

Kesan permainan akal ni jangan dibuat permainan.Persekitaran,hubungan,kehidupan.Selagi tak mati akan berterusan.
Orang gila ni dia ada tuhan.Dia ingat salah dia.Dia akui dan minta pada tuhannya.
Tuhannya sama dengan dua beradik ini.Cuma tak tahulah dua beradik ini faham apa itu ketuhanan.Paksi tuhan dunia ke tuhan semesta alam.
Cuma jalan cerita dan apa lakon layarnya nampak jelas keduniaan.

Tuhan orang gila ini wujudkan ayat.Cari akhirat dapat akhirat dan dunia.
Kalau dah mulanya dunia belum tentu akhirat diberiNya.Melainkan sedar.Sedar ni bukan calang-calang ayat.Sedar yang malu,sedar yang akui.sedar yang memaafkan,sedar yang ikhlas berubah,sedar yang menjernihkan,sedar buang kepentingan,sedar yang mengalah demi kebaikkan.

Frekuensi dua beradik ini tidak boleh tukar channel 16 mungkin.Channel ini pun dia mungkin tidak tahu guna.
Apatah lagi nak berkata-kata.

Radionya mahal tapi guna pakainya tidak tahu apatah lagi nak baiki.

Macam mana nak katakan radio karatnya bawa cerita sahih?
Ini cakap-cakap si gila.Satu-satu akan mula terfikir.Siapa yang akan dapat menang? Bukan dengan orang gila.Tapi dikalangan mereka.Siapa yang akan jatuh dahulu?

Mulakan dengan strategi jahat,dan penuh tipu helah.Sebab yang jadi gurunya pun begitu.Orang gila katanya dah lama pecat diri.Sebab taknak tergolong,terlibat,apatah lagi digunakan.
Orang gila juga mulanya macam berdendam.Tapi bila guru orang gila tarbiyah.Lupakan dendam,wujudkan perang saraf.Perang saraf hapus konfrantasi si tamak,si penipu,si pembuat helah jahat dengan "tajuk onar".

Lagi terkesan dan sangat - sangat berkesan.
Rasanya sampai sekarang onar ini buat hati mereka ini bergolak.Cuma belum ada apa tindakan dan kalau guna kekerasan pun belum tentu si gila ini selesaikan.

Hebat betul si gila ini.Dia tahu bukan kudrat buat dia menang.Dia tidak perlukan ayat kemenangan.Dia buat ada sebab.Berjalan niat dan sebab agendanya sampai mati.Macam mengalir darah selagi nyawa dan jantung masih bergerak.

Radio karat lama-lama rosak.Nak dibaiki memang tak tahu.Lama-lama dibuang tanpa boleh diulang semula khidmatnya.

Orang gila pakai walkman dah.
Radio besar.Berat.
Ipod mahal dan dah lapuk kata orang gila.
Tapi orang gila pun nampak macam main media si yahudi.Muka buku.
Orang gila ini cakap dan tonjolkan sikit-sikit "bahasa" ciptaan dia.
Tapi si akui bijak suka copy paste.
Kurang akal mungkin.Tapi suka kata orang lain bodoh.
Macam mana ya?

Lepas sembah tuhan .Orang bijak berdoa.Dalam doa selit agenda dunia.Lebih dari akhirat.
Nanti tanya melenting marah.Katanya tuhan bagi kita hak meminta.

Dia kata "kau apa tahu?,bodoh!"

Ketawa gelihati dalam hati.

Saturday, January 21, 2017

Fahamkan Saudara - Saudari

Geli hati ke?
Ini bukan cerita Maharaja Lawak,Sepahtu Reunion.

Ini cerita bersamamu.
Bersamamu pun ada kepentingan dah sekarang.
Ini cerita realiti hidup.
Panas beracun.

"Saya Pusing Halim"

Roda impian punya 'tagline'

Tapi penulis ubah sikit jadi roda kehidupan.
Kadang kena gaya,kadang tersasar.
Pernah dengar matlamat atau niat tidak menghalalkan cara ?
Masih lagi dalam penceritaan 'orang gila'.

Ya,Tepat!!!
ORANG GILA YANG MAMPU BUAT ORANG SAKIT HATI.

Penceritaan ini pun cukup mengenai kehidupan.Cita - cita,Matlamat hidup.
Manusia waras ini ramai.
Ramai dari segi membelit.Belit dan terus menyimpul.Susah nak dirungkai.Cuma kita boleh nampak satu.Matlamatnya apa.

Ada yang dikatakan gila ini.Dikatakan mewujudkan satu keadaan.Keadaan yang tidak baik.
Pernahkah cuba bertanya kenapa dia gila sedemikian?
" Gila - gilanya untuk menyakitkan "
Kerana apa? Kerana pernah dikhianati,digunakan untuk kepentingan orang normal ' waras ' ini.

Buku bertemu ruas?
Belum sampai lagi masanya.Cuma masa dan keadaan akan diguna pakai 'orang gila' ini untuk sedarkan sipengguna 'akal' yang dikatakam bijak ini.

Eh? Baca jugak?
Kenapa nak baca?
Ambil tahu jugak?
Tak semuanya akan tahu dan tahu,walaupun dipasang berpuluh - puluh agen penyampai dan perisik tegar itu.Orang gila ini sudah lama boleh membaca rentak dan bau kearah menumbangkan musuh dan bercerita tentang sejarah kemenangan.
Belum jadi sejarah lagi.

Pepatah Inggeris mengatakan
"Victory writen by Victor"

Si "kaki belit" menang maka sejarah penipuan jadi sejarah berketurunan.
Maka langkah baik dengan perancangan sangat² halus untuk tidak terjadi kekalahan itu.

Masa yang menentukan.
Bersenang-senang lewat lebih baik dari bersenang-senang awal.
Biar awalnya seperti tiasa apa dan teruk diceritakan di umpat depan dan belakang.

Ketawa terlalu awal.
Nanti kita senyum pula sampai mati.

"Selesaikan" Kata Halim

Wednesday, January 18, 2017

Sumpah Aku Hidup

Tanggal 19 Januari satu tarikh mati buat Pisau Belati Papan Kekunci.Matinya jiwa.
Matinya percaya.

Satu peristiwa keputusan kekal takkan diubah diberi peluang untuk berubah.
Matinya disitu.

Sumpah hidup untuk dua individu.
Sumpah rahsia sumpahan balasan Allah.
Semoga 7 keturunan berjalan dalam kesalahan dan dosa si pembuat dosa tanpa henti.

Aku ubah cara aku untuk kebaikkan.
Kau kembalikan dengan tuduhan.
Kau buat untuk menangkan agenda hidup dunia kau.
Hidup aku hidup kematian.Kematian aku timbangan amalanku.
Sumpahku tak memaafkan sampai dimasyar.

Kau takkan hidup aman sampai mati.Mati  menyesal sepanjang kehidupan.

Orang gila ini menaip dengan akal masih lagi waras.
Orang gila ini sudah lama gila disebabkan normal hidupnya dikelilingi orang yang gila lagi hebat darinya.
Gila dunia.
Aku sumpah dengan nama Allah sumpahan ini berlaku atas kehendakNya.
Aku bukan semulia nabi dan rasul.
Terlalu lama aku bermain untuk betulkan kesalahan.
Tapi makin tersasar aku bila memperbetulkan keadaan di gunapakai untuk kepentingan peribadi.

Orang gila ini sudah bersumpah dan moga Allah benarkan ia berlaku.
Amin.
InshaAllah

Ini penceritaan orang gila.
Benar-benar berlaku atau tidak itu kepercayaan dan penerimaan pembaca.

Gila babi kan? Atau gila babi kah?

Baca & Kritik

Lepas dah bermula,rasa jari mahu menaip.akal ini suruh jadikan bahan penulisan.Nak dikatakan penulisan tapi sedang menaip,Penulisan itu tekniknya menulis.Guna pen dan pensil.Ambil sahaja penerimaan kefahaman yang sama.Cukup.Ketawakan?

Media....satu bentuk pemberitahuan.
Surat khabar iri hati.Orang tidak guna pakaikannya sekerap dahulu.
Media sosial hidup media cetak juga hidup.Lawannya media sosial.Telefon bimbit.Komputer.

Canggih.Aku pun guna pakai teknologi ini.
Memang canggih!
Kritik dengan menghina perli lain maksudnya.
Kritik itu membina.
Hina perli itu lebih menyakitkan.

Berpasar ayat.Berformal kata.Jadi bahasa.
Rojak Pasemboq.

Media Sosial.
R.I.P MANNER.

Bak kata orang inggeris.

Banyak "Page" laman sosial di Facebook khususnya wujud untuk menyebarkan info,berita dan tak kurang fitnah berangkai.Berita belum tentu sahih sudah tersebar luas.Bila mana wujud berita hangat.Ada sahaja dua bahagian manusia yang menyokong dan membenci.

Carilah apa pun isu.Dua ciri ini pasti ada.
Facebook ni satu fenomena dan amalan sekarang ini.Yang baik jadi baik.Yang buruk bertambah buruk.

Seribu satu macam kritikan ada.
Dari kritikan jadi penghinaan.
Dari penghinaan jadi penyesalan.
Dari benci berubah kemaafan.

Macam - macam ada.

HEBAT CIPTAAN ALLAH

" BERNIAT BAIK,JALAN NYA BAIK,CARANYA BAIK.JADI BAIK. "







Dari Tanah ke Tanah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Selamat sejahtera ke atas kamu.

Kalimah hebat mula kata.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha mengasihani.

Semoga limpahan nikmat Allah s.w.t Pencipta Alam dapat dimanafaatkan sehingga hari kiamat.Kediaman kehidupan hakiki kita bersama.

" KE GARISAN....!!! SEDIA...!!! "
" BANG!!!! "

Bunyi letupan pistol setiap kali pertandingan larian dijalankan.Garis permulaan.Serupa juga kehidupan.Bila mana bermulanya kehidupan?.Sebagai dilahirkan beragama Islam automatik.Maka bersyukurlah nikmat tidak terhingga itu.Nikmat bonus bagi sekalian kehidupan.Dilahirkan dalam keluarga Islam.Menganuti.Secara transmisi automasinya garisan mula agama dalam kelahiran adalah ISLAM.Syukurku nikmat yang diberi.Segala puji-pujian hanya untukMu Ya Allah.

Sejarah kewujudan manusia.
Nabi Adam a.s.
Dari mulanya penciptaan manusia,insan,hamba tuhan yang berakal.Tanah jugalah satu medium permulaan.Segumpal tanah.

Awal garisan mula di teruskan dengan penciptaan pasangan Nabi Adam,Hawa.Proses bersatu,diturunkan kan dibumi,perkahwinan dan lahirnya zuriat dunia.Bermulanya meninggalkan garisan permulaan.Melangkah berjuta ribuan langkah merasai kehidupan.Kehidupan dunia terlalu singkat.Sementara yang sudah pergi dan mati,mati yang  sementara.Mendapat Azab dan Balasan di alam kubur.Nikmat lapang,Nikmat terang,Azab pedih semasa hidup yang sudah pun berlalu.
Berbaring lah dalam ruangan itu.Terimalah balasan amalan itu.Sementara yang masih hidup dapat mendoakan kesejahteraanmu diringankan diampunkan Allah s.w.t.

Garisan mulaku ini perlukan panduan.Garisan dari azali tanah.panduan kehidupan Penciptaku harus dipegang.Penciptaan besi belatiku juga dari tanah.Perbezaannya aku dipertanggungjawabkan dan sudah mengikat janji dengan Penciptaku.Diwujud berakal mengguna pakai dunianya dengan akal yang juga miliknya.Khalifah.

Ya Khalifah.
Manusia itu Khalifah muka bumi.
Bukan dikalangan makhluk lain.Allah meminjamkan kemuliaanNya melantik kalangan bani manusia.
Berakal.Bukan dari sumber tidak berakal.Belatiku tidak berakal.Wujudnya juga dari galian.akal diguna menjadikan ia keras dan tajam.diguna sebagai alat.
Ya belati ini alat.
Gunakan untuk tujuan.
Tujuan dan kegunaanya apa?.
Akal memcari persoalan dan akal juga mendapatkan jawapan.
Soal guna pakai yang bagaimana?.
Allah wujudkan syurga dan neraka.
Akronim dan sinonimya pada balasan baik dan buruk.Suatu tempat yang indah dan suatu tempat yang terlalu azab.

Ku sangkakan sudah jauh meninggalkan garisan mula.Ku toleh kebelakang cuma beberapa langkah sahaja ke hadapan.

Fasa penciptaan pertama manusia itu sejarah dan kepercayaanku.Fasa ku kini Fasa akhir dunia.Perubahan belati dari fasa pertama asli sudah terlalu jauh dikembangkan.pisau belatiku penulisan.Menikam dari segenap penjuru.Tangan ini tidak berani menggengam pisau belati yang sebenar.Itu lebih kejam.Pisau belatiku cuma papan kekunci.
Penciptaan asas yang sama beza kegunaanya.Beza ciptaanNya.

Mula mengolah penulisan dari pancaindera dan akal mencari persoalan.Jawapan dirungkai papan kekunci mula berbunyi.

Beberapa minit,masa sudah ditinggalkan.Pembuka medan tarungan bersenjatakan papan kekunci dimulakan.
Akal mengembeling penulisan ini.Cetusan kebaikkan adalah niat jalan kehidupan.Mengubah persepsi.Tanggapan dan Ikhtibar.
Persenjataan cakna akal hanyalah sebaran ilmu dan wadah kehidupan milik Allah, pinjaman sementara kita semua.

Dari tanah ke tanah.