Wednesday, January 18, 2017

Dari Tanah ke Tanah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Selamat sejahtera ke atas kamu.

Kalimah hebat mula kata.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha mengasihani.

Semoga limpahan nikmat Allah s.w.t Pencipta Alam dapat dimanafaatkan sehingga hari kiamat.Kediaman kehidupan hakiki kita bersama.

" KE GARISAN....!!! SEDIA...!!! "
" BANG!!!! "

Bunyi letupan pistol setiap kali pertandingan larian dijalankan.Garis permulaan.Serupa juga kehidupan.Bila mana bermulanya kehidupan?.Sebagai dilahirkan beragama Islam automatik.Maka bersyukurlah nikmat tidak terhingga itu.Nikmat bonus bagi sekalian kehidupan.Dilahirkan dalam keluarga Islam.Menganuti.Secara transmisi automasinya garisan mula agama dalam kelahiran adalah ISLAM.Syukurku nikmat yang diberi.Segala puji-pujian hanya untukMu Ya Allah.

Sejarah kewujudan manusia.
Nabi Adam a.s.
Dari mulanya penciptaan manusia,insan,hamba tuhan yang berakal.Tanah jugalah satu medium permulaan.Segumpal tanah.

Awal garisan mula di teruskan dengan penciptaan pasangan Nabi Adam,Hawa.Proses bersatu,diturunkan kan dibumi,perkahwinan dan lahirnya zuriat dunia.Bermulanya meninggalkan garisan permulaan.Melangkah berjuta ribuan langkah merasai kehidupan.Kehidupan dunia terlalu singkat.Sementara yang sudah pergi dan mati,mati yang  sementara.Mendapat Azab dan Balasan di alam kubur.Nikmat lapang,Nikmat terang,Azab pedih semasa hidup yang sudah pun berlalu.
Berbaring lah dalam ruangan itu.Terimalah balasan amalan itu.Sementara yang masih hidup dapat mendoakan kesejahteraanmu diringankan diampunkan Allah s.w.t.

Garisan mulaku ini perlukan panduan.Garisan dari azali tanah.panduan kehidupan Penciptaku harus dipegang.Penciptaan besi belatiku juga dari tanah.Perbezaannya aku dipertanggungjawabkan dan sudah mengikat janji dengan Penciptaku.Diwujud berakal mengguna pakai dunianya dengan akal yang juga miliknya.Khalifah.

Ya Khalifah.
Manusia itu Khalifah muka bumi.
Bukan dikalangan makhluk lain.Allah meminjamkan kemuliaanNya melantik kalangan bani manusia.
Berakal.Bukan dari sumber tidak berakal.Belatiku tidak berakal.Wujudnya juga dari galian.akal diguna menjadikan ia keras dan tajam.diguna sebagai alat.
Ya belati ini alat.
Gunakan untuk tujuan.
Tujuan dan kegunaanya apa?.
Akal memcari persoalan dan akal juga mendapatkan jawapan.
Soal guna pakai yang bagaimana?.
Allah wujudkan syurga dan neraka.
Akronim dan sinonimya pada balasan baik dan buruk.Suatu tempat yang indah dan suatu tempat yang terlalu azab.

Ku sangkakan sudah jauh meninggalkan garisan mula.Ku toleh kebelakang cuma beberapa langkah sahaja ke hadapan.

Fasa penciptaan pertama manusia itu sejarah dan kepercayaanku.Fasa ku kini Fasa akhir dunia.Perubahan belati dari fasa pertama asli sudah terlalu jauh dikembangkan.pisau belatiku penulisan.Menikam dari segenap penjuru.Tangan ini tidak berani menggengam pisau belati yang sebenar.Itu lebih kejam.Pisau belatiku cuma papan kekunci.
Penciptaan asas yang sama beza kegunaanya.Beza ciptaanNya.

Mula mengolah penulisan dari pancaindera dan akal mencari persoalan.Jawapan dirungkai papan kekunci mula berbunyi.

Beberapa minit,masa sudah ditinggalkan.Pembuka medan tarungan bersenjatakan papan kekunci dimulakan.
Akal mengembeling penulisan ini.Cetusan kebaikkan adalah niat jalan kehidupan.Mengubah persepsi.Tanggapan dan Ikhtibar.
Persenjataan cakna akal hanyalah sebaran ilmu dan wadah kehidupan milik Allah, pinjaman sementara kita semua.

Dari tanah ke tanah.




No comments:

Post a Comment