Sunday, January 22, 2017

Pendokong Tegar Hiburan

Dari awal pagi persediaan AJL ini digerakkan.Majoriti tenaga kerjanya secara purata bermajoritikan penganut Agama Islam dalam kad pengenalan.
Persediaan rapi mengikut jadual untuk persembahan tidak terganggu dan nak diletakkan dalam sejarah tahun 2017.Siapa pemenang bakal merangkul anugerah ini.
Percaya dan tidak mustahil pasti tenaga kerja ini ada seorang dua menjaga solatnya.Percaya kerana bukan majoriti hidup bebas duniawinya.Tapi berapalah orang dalam disebut-sebut ini.
Ada atau tidak.

Persembahan terbaik untuk rangkul anugerah.Sampaikan guna pakai idea seperti penganut kayu salib.Dengan nyanyian memperingati kematian.
Yang menyanyi,yang mendengar beri tepukan penghayatan.
Jangan di kritik.Mati katak pulang paku semula nanti.
Ambillah realitinya kau hidup dalam kekafiran.
Kau bergelumang dalam landasan sesat.
Tuduhan ini tidak berat,malah bagi aku kau memberatkan segalanya sedangkan kau mengikut arus itu.Terlalu lama kau hidup begitu.

Anugerah Juara Lalai.
Lalai yang terlalu lama dalam kehidupanmu.
Dari zaman ayah dan ibumu.
Sampai sekarang zaman anak-anakmu.Dan benar.
Kamu penyambung kehidupan itu.

Menjadi peminta permintaan dambaan kepada keseronokan dan hiburan tanpa kesudahan.
Mempunyai pengikut-pengikut bawa ke mati.
Apa yang cuba diolah bagi mencapai objektif "positif" kepada kritikan ini?
Supaya nampak perlunya hiburan dalam kehidupan?
Di tambah pula "qoute" keramat selitan keagamaan supaya "halal" dimata si tuli dan bisu setta akal beku?

Jangan pula dikapak si akal jentera industri ini.Melatah mengeletek panas nanti.
Hujah alasan dan senjata belit keluar nanti.

"Kau munafik" dilabelnya nanti.

Tembok mereka tinggi.Tapi mereka sendiri tidak boleh pertahankan.

Nak diteruskan jadual hidup hiburan.
Takkan mati dan lekang.
Panas dan basah.

Benarlah akhir fasa zaman.Terhebat permainan si kafir "ingkar" ini.

Melihat ke kanan sudut.
Si Gila tengah merenung ke arah normal waras dunia.

No comments:

Post a Comment